Wednesday, 24 July 2013

Couple

"Haa awak, awak ingat tak hari ni hari apa?? Hari ni hari Sabtu. Jawapannya adalah, kita dah cukop seminggu. Yeyyy!! Dah seminggu dah kita bersama kann.. Ok awak, saya harap, kita dapat bersama-sama sampai selama-lama-lama-lama-lamanya. Bukan setahun, bukan sehari, bukan dua hari, bukan empat hari, bukan apa-apa. Selama-lamanya.. OK?? Hurmm.".

TAK OK... Arggghhhh... tension aku ngan kau budak.
Bukan 'Couple Seminggu' nie yang aku nak cakapkan, tapi pasal drama bersiri online 'Couple' ni kat Youtube. Ternampak kawan aku share link nie kat facebook, so, tangan ni klik la laju2..

  

Jom singgah sat tengok drama nie dulu.. Mana pengajaran yang boleh di amik, amik laaa... Tu jerr tok kali nie.. Bye..








Bakti Siswa di Pulau Tioman

Macam dah jadi tradisi pulak bila tiba cuti sem aku pergi jenjalan. Masa 1st year dulu pergi mendaki gunung kat Hutan Lipur Chemerong, Terengganu.. laa ni time 2nd year g bercuti kat Pulau Tioman, Pahang pulak.. huhuuu~~ (Ayat 'tradisi' xley bla.. padahal baru 2 tahun jerr..LOL)
Tapi, percutian kali ni bukan bercuti lengang-lengang kangkung jer, tapi pergi berbakti siswa ok..

Nama program nie: Bakti Siswa Ekomarin 2013 Pulau Tioman
Anjuran: Marine Science Club
Tarikh: 24-27 Jun 2013

Sebelum nie, Kelab Sains Marin nie pon ade wat program bakti siswa nie gak, kiranya yang kat Pulau Tioman nie kesinambungan program dorank yang dulu laa.. Tapi dorank wat kat mane ntah.. Tak ingat den.. haha.. Bezanya, kali ni dorank bukak untuk orang luar. Contohnya macam aku. Jadi sukarelawan pown jadi laa.. Sebenarnya aku kagum ngan dorank sebab dapat anjurkan program macam ni. Dorank budak Biologi Marin tahun 2, sama macam aku tahun 2 gak, tapi bila dorank dapat buat program ni aku tabik springg toink-toink r kat dorank. Yupp.. bukan mudah untuk uruskan sesuatu program tu. Banyak benda yang perlu diselesaikan. Tambahan lagi, kena uruskan benda2 ni masa musin exam.. Perghh.. kalau aku, dah rasa serabut gilerr da..

Bergambo dengan adik-adik.. ~~ cakap kejuuu~~
Selain tu, aku pown suka gak dengan niat dorank untuk bagi pendidikan marin kat adik-adik kat sekolah kat pulau tu. Dari sini, budak2 tu boleh dapat pendedahan mengenai hidupan kat laut, kenapa perlu jaga kehidupan laut, kenapa perlu jaga kebersihan pantai, kenapa perlu pelihara penyu, kenapa perlu buat macam nie, kenapa tak perlu buat macam tu dan macam2 kenapa lagi laa.. Dalam masa yang sama gak, siap promote UMT 'Cita Warisan' nie kat adik2 tu.. Dengan harapan, UMT tersenarai dalam pilihan bila dorank isi UPU nanti.. Kalau tak pilih jurusan Biologi Marin, pilih jurusan Sains Makanan pown ok.. hehe.. *Penat aku bagi khutbah kat dorank masa kat surau.. menyibuk lagi dekat aku.. harap kuliah jumaat tu meresap ke dalam jiwa dorank.. fuhhhhh~~

Dengar cerita dari senior, sebelum2 ni Food Science Club pown ade wat program macam ni gak.. Program kemestian pergi..Pergi kat pulau2 atau sesuatu tempat tu, lepas tu, bagi pendedahan mengenai pemakanan yang sihat. Tapi, program ni untuk budak tahun 3 je laa.. Ermmm, cuma yang x pasti nya, program ni wujud atau tak wujud lagi jer.. Pasti x pasti, tunggu jela bila dah masuk tahun 3 nanti ye cik jah oiii..

 Abang2 dan kakak2 yang semangat bagi penerangan kat adik2




 
Game Time.. Hoyee~~


Happy Family versi Coral
"Dik, jemput main"




                                                    
Tayangan video mengenai hidupan laut 
*Baru  aku taw yang beruang kutub pown dikategorikan dalam hidupan laut.. korank taw??

Terima kasih kat Pengetua sebab bagi kitorang tompang sekolah

Selain kat sekolah, kitorang pown wat aktiviti luar sekolah :

Snorkeling Time


Pergi Pulau Tioman, tapi tak snorkeling tak sah la kannn.. Pengalaman Snorkeling yang kedua aku. *kalau budak2 Bio M nie taw, mesti aku kena gelak punya.. Dorank pulak dah naik bosan snorkeling.. yeke bosan?? Tengok ciptaan tuhan mana boleh bosan kannn.. ewahh~~ Disebabkan dorank dah master dalam bab snorkeling ni, so, aku hire la dorank jadi cikgu snorkeling aku.. Almaklum laa.. saya ni budak baru blaja.. Last snorkeling pown time survival laut, tahun 1.. Walaupon aku excited nak snorkling, tapi aku cepat glabah bile tengok kedalam air tuu.. Tambah lagi dengan tak reti berenangnyer.. Haissshhh.. sabar jela ae cikgu, dapat anak murid macam nie.. Heeee...

Bestnyaa Pulau Tioman ni sebab airnya yang jernih.. Air nya biru habaq hanggg.. Nampak segala ikan ngan batu karang..Landak laut pun ade.. Timun laut @ Gamat, x yah cakap laa, siap buat main lagii.. Cuma x bawak balik jerr wat minyak gamat.. Haha

So, bile nak pergi snorkeling lagi, ajak aku ae... Haha


Konservatif Laut, Bersihkan pantai



Jungle trekking From Kg. Tekek to Kg. Juara
Menggigil lutut, 7km pergi, 7km balik.. T_T
*Kurus suda aku.. puiii..



Dalam hutan pown ade sign board simpang 3. Kesimpulannya, undang2 tu ade di mana-mana sahaja. Oleh itu, berhati-hati lah.. Ingat lah orang yang tersayang.. Haha

Mr. Scorpion





Juara Turtle Project






Setelah empat hari di Pulau Tioman, akhirnya tamat jugak program bakti siswa ni. Walaupown dalam perjalanan tu ade gak masalah yang berlaku, ade gak gigi yang rongak, aku wat2 pejam mate sebelah jer.. Biasalah tu, nobody's perfect. Ade jer yang kurangnyer..Ada jer problem yang datang.. Ape2 pown, aku nak ucap SYABAS, TAHNIAH kat korang semua sebab menjayakan program ni. Yeyyy.. Clap your hand.. *Aku cakap macam aku pulak yang organizer nyer..haha
Dikesempatan ni, siapa2 antara korank (budak Bio M)  yang terbaca contengan aku nie, aku nak ucap terima kasih bebanyak sebab sudi amik aku n budak2 lain jadi sukarelawan, menyibuk dalam kos korank n kelab korank. Pengalaman yang best. Korank pown best gak.. Daebakk!!! (Y)



Mentari kini berganti bulan,
Tibalah masa mengundurkan diri..
Selamat tinggal Pulau Tioman,
Jumpa lagi lain hari.


Monday, 15 July 2013

Welcome to Hell's Kitchen




HAHAHAHAHAHAHAHA!!!

Serieslyyy aku terkejut, bile aku dpt taw mase amik kos nie--> Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan & Pemakanan)  nanti kena masak kat kitchen (Under subject Amali Penyediaan Makanan) WTFish kek kena masak2 pulak.. Aku bukan amik kos Kulinari laaa.. * Dalam hati memberontak.. Menyumpah-seranah.  


Thanks to my parents yg train diri aku memasak time cuti2 yg ade.. hoho.. So, xde la terase stresssss~~ sgt time kelas nanti.. haha

Realitinya, bila dah masuk kelas: Dari masak bley heppyy2, bley jadi masak dgn stresss kalau camnie.. Blum lagi masak kena ikut suhu nie utk sekian.. sekian.. Suhu nie utk sekian..sekian.. ohhh... sekian, terima kasih..

" OK, nie jenis2 potongan, large dice, medium dice, small dice, batonnet, julienne, paysanne.... bla..bla..bla...  potong ikut jenis2 potongan nie". *Errr...potongan pown ade name2 tersendiri ae.. Dahsyattt.. Parah la nak kena ingat nama potongan, siap dengan saiz nya skali.. OMG..

BUT, It's ok.. it's alrite.. Lama2 dah jadi ok.. dah alrite.. "Alah bisa, tegal biasa".. 
Sepanjang sem 3, tahun 2, dalam subject nie, apa jerr yg aku dah blaja??
 

Professional Cooking by Wayne Gisslen

Nah, Amekaw!! Buku Professional Cooking lagi aku bagi..* kalaw masak x pro lg xtaw laa..hahaha..  Buku yg wajib ade oleh semua pelajar Food Serve.. Macam2 ade dalam buku nie dari preparation sebelum masak sampai hidangan siap.. Dari pemahaman pasal daging ke ayam, ayam ke ikan, ikan ke sayur, sayur ke buah, buah ke kacang2.. Dari appetizer sampai ke beverages..

Haaaa... nie lah yang dinamakan masak dengan ilmu..Masak dengan sains.. Bukan masak sesuka hati mak tiri sedara angkat korang jer.. Walaupon mak tiri sedara angkat korang tu pown reti masak gak.. Dari sini la boleh taw asbab kenapa kena buat camnie, kenapa x bley buat camtu, kenapa kena guna nie, kenapa x guna yang tu.. dsb.. Orang lain pown taw masak gak, p, kadang2 dorank pown x taw kenapa dorank guna bahan tu, kenapa dorank wat cara tu.. Kelebihan yang korang ade, korang taw sebabnya.. Pastu, boleh la korang bagitau mak tiri sedara angkat korang tu kenapa.. Haaa.. best x??? haha.


Sabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam:

“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim “(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Ilmu tu bukan sahaja boleh dapat kat kelas semata-mata, tapi, kat dapur pown kita boleh dapat ilmu gak.. Oleh itu, wahai diri, janganlah memandang enteng benda nie dan ilmu yang diberi ni..Ok.. back to kitchen, selepas siap masak, hidang makanan kat lecturer, lepas tu kena komen.. Macam crite Master chef la plak.. Kalau sedap, tinggilah markah yang diberi.. Kalau x, hurrmmm sikit markah je laaa yang dapat.. Walaupown namenya hell's kitchen-sebab panas jer.. p, jangan lah buat kitchen tu macam hell betol2.. Jangan cari pasal dekat dalam kitchen.. Kalaw nasib kurang baik, memang kena potong ,markah jadi 0 laaa..
The best part dalam kelas nie ialah bila dah masak2, boleh bawak balik makanan yang dah dimasak tu.. Haha.. Jimat duit sehari.. Ni la hikmahnya spent duit tok beli baju chef tu kowt..haha.. Padahal dah memang bayar masuk dalam yuran daaa~~
Now i miss the dishes...

Fettucini and Grilled Beef with Black Pepper Sauce
Vegetarian Burger
Chicken Chop with Mushroom Sauce
Nasi Lemak, Ayam Masak Merah and Salad

 
YUMMMMYYYYYY!!!!!!!!



Saturday, 13 July 2013

XPDC Gunung Berembun

Rasanya dah setahun lebih dah aku pergi meninggalkan XPDC nie.. rindu punya pasal, tulis la pasal bende nie kan..hehe.  XPDC yang dianjurkan  oleh  gabungan tiga kelab kat UMT iaitu Kelab Kembara, Kelab Pemadam dan HIMMAT. XPDC Gunung Berembun ni buat pada 5-9 April 2012 yang lalu..

Sebelum ni x pernah pun mendaki gunung. Setakat jungle trekking tu pernah laaa..
Ni tetibe nak daki gunung ape crite??
Haa.. nie la nak crite.. dengar baik2 ae..
Alkisahnya begini, ketika aku sedang berjalan menuju ke bilik tingkat 3 aku tuu, tetibe mata yang meliar nie ternampak iklan kat notis board pasal #XPDC Gunung Berembun #Hutan Lipur Chemerong #Air Terjun Chemerong- antara air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Wow! macam menarik. Tarikhnya pown mase cuti sem nnti, lepas habis exam. Best gak kalau dapat pergi, release2 tension jawab paper exam, dalam masa yang sama, boleh gak jalan2 kenali negeri terengganu. Dah alang2 blaja kat sini kan..

Lepas tu, terpikir plak, xkan la nak g sorang jer..(ok jer kalau nak g sorang).Pastu ajak2 ayam la Geng Kami Havoc pergi sekali *dalam hati, rasenya dorank xnak pergi n dorank pown x macam budak nak wat bende2 lasak ni.. n x sangka plak ajakan ayam menjadi.. Fatie ngn Ct nak g same.. Huhuuuu~~ Lepas tu, semangat semakin meningkat utk mencari barang untuk mendaki..  Sebelum tiba hari dakian, siap wat traning, jogging petang2 kat trek lagi..haha..

K,la.. skrang xnak membebel panjang2.. Biar gamba yang crite kan segalanya..









Sungai Bangang.. *haha.. ade gak nama sg mcm nie..ishh3


 Antara tumbuhan yang terdapat kat gunung nie..

Kak Anisah & Uncle
Guider yang berpengalaman n banyak bantu kitorang dalam hal pendakian. N tak sangka juga Kak Anisah adalah ketua untuk pendaki anak Felda yang ke Gunung Everest haritu.. Tabik springgg toinggg-toingg la kak..

Mess tin yang digunakan untuk memasak #multifunction

Geng Diji *kami buddyzz.. 




Air Terjun Chemerong

Rock climbing?? 


Hoyeee!! Peace yaw..



Nice view n nice shoot

 
Kitorang ready nak balik daa.. bye2 anyongggg!!!!!

Sememangnya pendakian ni memang mencabar. Penat tu memang x payah nak cakap la kann.. Semangat tu yang penting. Mind set kita kena kuat. Kawan-kawan pendaki pon bagi support sesame."Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian". Bila kita dah sampai ke destinasi yang dituju, kagum melihat kebesaranNYA, penat-lelah tu semua akan hilang dengan sendirinya.

Macam tu jugak la dalam kehidupan seharian kita. Kita perlu ada matlamat yang ingin kita tuju, perlu berusaha untuk menuju ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Kesabaran itu perlu untuk mengharungi cabaran dan rintangan yang datang. Jangan mengalah. Bak kata pak Arab " Man Jadda Wajada" iaitu "Siapa yang berusaha, dia yang berjaya". Oleh itu, mari kita berusaha bersama-sama. Semoga apa yang kita usahakan akan peroleh kejayaan...

# Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan.. Ya Rabbi Najjihna Fil Kulli imtihan Fid Dunya Wal Akhirah.. Ya Tuhan Berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat.. Aamiinnn..