Wednesday, 18 July 2012

Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan UMT

Assalamualaikum..

Setahun yang lalu, aku dapat tawaran sambung belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam program Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan Dan Pemakanan). *huisshh panjangnya nama, tergeliat lidah cek nak menyebutnya noo.. So, kat sini bermakna, dah setahun iaitu bersamaan 2sem dah aku amik kos nie..

Macam aku mula2 dulu, aku memang excited nak tahu apekejadah nya program nie. So, aku google search la nate ape kos nie. Tetapi, keputusannyer tidak la memuaksan. Oleh itu, disebabkan  arinie akak baik hati, akak nak story sikit la kat adik2 @ juniors *haha i'm senir now.. witwitt..

K, nie berdasarkan blog fasm.umt.edu.my *akak kopi ngn pasta jer.. sonang..

Matlamat Program
Melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam aspek sains makanan, perkhidmatan makanan dan pemakanan serta berupaya menjadi tenaga kerja yang berdaya saing, berketerampilan dan profesional dalam sektor industri makanan dan perkhidmatan makanan.
Objektif Program
Objektif program Sm.Sn. Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) adalah seperti berikut:
  1. Menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan yang komprehensif daripada segi teori dan gunaannya dalam bidang Sains Makanan, Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan.
  2. Menyediakan graduan yang berkebolehan, bagi menampung keperluan tenaga kerja negara dalam bidang Sains Makanan, Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan khususnya dan lain-lain bidang yang berkaitan.
  3. Melahirkan graduan yang berinovasi dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan bagi mengimbangi perkembangan pesat industri makanan, pemakanan dan perkhidmatan makanan dalam negara.
Objektif Pendidikan Program (Program Educational Objectives – PEO)

  1. Untuk menghasilkan graduan yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains makanan, perkhidmatan makanan dan pemakanan, untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berkaitan.
  2. Untuk menghasilkan graduan yang mempunyai kompetensi asas dan pelbagai dalam industri makanan dan yang berkaitan, agar  berupaya untuk beradaptasi dengan perkembangan di dalam  pengurusan sumber dan teknologi terkini.
  3. Untuk menghasilkan graduan yang berupaya untuk bekerja dalam kumpulan pelbagai disiplin, mempunyai kemahiran kepimpinan dan mahir berkomunikasi secara lisan dan bertulis.
  4. Untuk menghasilkan graduan  yang berupaya memahami dan menangani isu-isu semasa berkaitan amalan dalam industri makanan dan juga mempunyai tanggungjawab profesional dan etika.
  5. Untuk menghasilkan graduan yang berupaya untuk mengenalpasti keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk perkembangan peribadi dan profesional melalui pembelajaran kendiri dan berterusan.

Hasil Pembelajaran Program (Program Outcomes – PO)
Hasil pembelajaran program bagi Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) telah diperkemaskinikan selaras dengan sembilan (9) domain hasil pembelajaran yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Pada akhir program ini, graduan dapat:
PO1 – Pengetahuan
Menerangkan dan menghuraikan pengetahuan asas dalam bidang sains makanan, perkhidmatan makanan dan pemakanan dan hubungkait antara satu sama lain.
PO2 – Kemahiran teknikal/ praktikal/ psikomotor
Mengaplikasi, menggabung dan menilai prinsip-prinsip dan teknik-teknik amali dalam bidang sains makanan, perkhidmatan makanan dan pemakanan dalam amali serta situasi sebenar.
PO3 – Pendekatan Kemahiran berfikir dan saintifik 
Mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah di dalam situasi yang berbeza dari segi teori dan praktikal.
PO4 – Kemahiran berkomunikasi
Berkomunikasi secara efektif dan membentang maklumat teknikal didalam pembentangan lisan dan bertulis.
PO5 – Kemahiran sosial dan bertanggungjawab
Mengamalkan sikap bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran sosial dalam menjalankan aktiviti sama ada secara individu atau berkumpulan.
PO6 – Profesionalisme, nilai, sikap dan etika  
Mengamalkan nilai-nilai murni dan mampu menghuraikan kesan ekonomi, alam sekitar dan sosio budaya dalam amalan profesional.
PO7 – Pendidikan sepanjang hayat dan pengurusan informasi
Mencari dan mengurus maklumat serta mengamalkan pembelajaran kendiri.
PO8 – Kemahiran pengurusan dan keusahawanan 
Mengenalpasti peluang sebagai usahawan yang berdaya saing.
PO9 – Kemahiran kepimpinan  
Memimpin kumpulan secara berkesan dan boleh bekerja secara individu atau bekerjasama dalam kumpulan.

Dan nie pulak skima programnyer a.k.a subjek yang akan dipelajari




Oleh itu adik2ku yang comei2 sekalian, tak kesah la apa kos pown yang korank dapat, yang penting korank belajar dengan bersungguh-sungguh selepas tu. selagi kita cuba dan berusaha dengan gigih, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.  Gambate!!

*pesanan khas dari kakak korank yg cute ^_^


38 comments:

  1. lupe nak gtaw lg.. blaja dlm english.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Nk tnya kos ni sama tak dgn ijazah sarjana muda pengurusan perkhidmatan makanan? Tolong jwb ye.

      Delete
  2. salam akak saya baru dapat tawaran course ni umt, memang saya nak course ni tapi jauh huhu.. saya nak tanya seronok& ok tak belajar dekat sana ?

    -c-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.. First of all, tahniah sbb dpt smbung belajar lagi n tahniah gak sbb dpt umt n dpt course yg adik nak.. adik beruntung sbb dpt apa yg spt adk nak.. ^_^ pasal jauh, adik duk mana?? akak asal selangor.. perjalanan dari selangor ke ganu amik masa dalam 8-9 jam.. tu kalau naik krete ataw bas.. p, kalau naik flight, dlm 1jam lebih jer.. haha :D "Jauh perjalanan, luas pengalaman" kann.. Disebabkan jauh, xdelah slalu balik.. kalau rindu, teknologi kan ade.. hehe
      Seronok???? Mestilah seronok.. Belajar kat sini ok.. Lecturer bagus2, kawan sporting2, dekat ngn pantai pown.. So, dtg la sini..hihi

      Delete
    2. terima kasih :) saya duduk jb,johor.. jauh sangat2 kan ^^ saya dah check flight tapi tak ada ke jb huhu T_T
      btw saya dah siap daftar semua thru online .Kawan semua cakap saya semangat sangat haha . rasa macam seronok ada takut pun ada . yelah jauh sangat dekat utara , lagi nak bergaul dengan orang utara saya memang susah nak faham loghat dorang . terima kasih sebab reply cmnt saya :D

      -c-

      Delete
  3. assalamualaikum akak..saya baru dapat tawaran dalam kos ni. Best tak study sana kak?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam adik.. Tahniah sbb dapat tawaran dalam kos nie.. Best ke tak?? Best atau tidak tu terpulang kpd diri kita mcm mne kita nak buat dia best atau xbest.. p, best la belajar kat sini. Bila kat sini, byk bende adik boleh belajar n banyak pengalaman yg adik boleh dapat.. :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum, nasib baik terjumpa blog akak ni. boleh tanya2. hehehe, saya baru dapat kos ni tapi ukan yang saya nak. saya nak tanya akak, nanti ape peluang kerja yang kita dapat? :)) saya tak kesah belajar senang ke susah janji jamin masa depan. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. nasib baik ae.. haha.. xmo sedeyh2 ae, wlaupon bukn dpt kos yg adik nak.. ialah, kita merancang, allah yg menentukan.. sesungguhnya, allah lebih mengetahui mana yg terbaik buat diri kita kann.. Pasal peluang kerjaya dalam bidang ni, adik x perlu risau laa.. in sya allah akan ada peluang kerja tu.. yang penting, kita usaha.. n secara logiknya, "Selagi makanan diperlukan kat dunia ni, selagi tu kita diperlukan".. ^_^

      Delete
  6. Slam kak. . .cnth keje dlm bdang nie pe ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slam kembali.. contoh kerja mcm pegawai penyediaan makanan, pegawai sains dan zat makanan, nutrionist (private sector), pegawai penyelidik, lecturer, QA, QC, pengusaha makanan @ businesswomen n banyak lagi laa...

      Delete
  7. a'kum nak tanya,kalau kita ambik course ni, boleh ke kita jadi pakar dietetik. pls tlg saya. saya nak sngt jadi pakar dietetik dan saya jugak ditawarkan kos ni.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. pakar dietetik?? o.. sorryyy.. kalau amik course nie, memang tidak melayakkan diri menjadi seorang pakar dietetik *mcm sadis sgt bunyinyer..
      kalau ikut skima program, memang x cukup syarat untuk jadi seorang dietician... *kalau tak salah laa.. kalau salah mintak maaf.. :(
      Adik patut mohon dietetik mse isi upu dulu.. xpown, boleh la try mohon uni swasta ker..
      Tapii..jgn la kecewa sgttt.. kalau adik terima course nie, boley jugak mohon menjadi nutritionist.. Nutritionist pown ala2 dietician gak, tapi still ade gak la perbezaannyer.. OK?? Try la google..
      K.. harap membantu ^_^

      Delete
  8. askum akak. sedih arrr. haha. *mesti akak fkir , jdi tmpt luahan plak en. hehe. sya dpt kos sme cm akak. bkl msuk sept ni. sya nakkk sgtt2x kos foodtech. tpi ape nk buat takdir Ilahi, dpt kos ni. sdh agt sbb alumni ckp kos ni kena msak, cara berniaga, buka restoran etc. sdgkn sya x de mnt pun dlm berniaga , memasak smua. sya mnt bio. sbb tu sya rsa kos foodtech masih x lari ke mana sgt dgn bio. brbndg kos ni yg cm the whole new world bgi sya. mtk pndpt. please. hrp sudi share pnglmn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam adik.. Heyy, xmo r sedey2.. Nak raya dah nie..hehe.. Add la akak kat FB, boleh luah byk lagi *opss.. terpromote plak..haha..
      Sebelum akak mule bercerita, akak nak mintak maaf.. Ter'stalk' awak punyerr Blog.. :D
      Dalam blog awak, awak ade ckp yg awk x suke fizik kann.. Betul ker awak x suka fizik?? Kalau betul laa awak benci fizik, akak x sarankan pown awak amik foodtech.. foodtech lagi byk 'fizik'nyerr berbanding dgn kos nie..name pown 'teknologi' kann.. Kalau nak ckp pasal Bio plak, dua2 kos nie xlari ke mana dgn bio.. dua2 kena blaja biochemistry, microbiology..dua2 kos nie pown kena blaja masak gak.. kalaw kos nie, masuk kitchen mase sem 3, kalau foodtech sem 4..*blaja memasak x rugi laa.. 1 kelebihan.. <-- pilihan mak2 mertua cari menantu yg taw memasak..haha~~tetibe... dua2 kos nie pown kne blaja pasal niaga2@keusahawanan gak.. minat boleh di pupuk.. 9/10 dari rezeki dtg dari perniagaan kann..hehe..
      Kalau awak nak tukar foodtech pown boley gak.. Tapi kena habis blaja 1 sem kos nie, baru boleh tukar ker kos yang lain.. Ape2 pown, masuk la dulu n blaja.. tgok mcm mne.. Sesuai ke tidak.. ^_^

      Delete
  9. salam . akak , sy nk tnye . sy baru dapat offer ni utk second intake . 18 hb , next week masuk . tapi skrg , sy dah smbung dkt unimap dalam kos perniagaan(kejuruteraan keusahawanan). so now , sy confuse nak stay unimap dalam bisnes or ke umt sama macam kos akak ni . acctly , sy xminat dalam bisnes dan pasal food service ni pun sy xminta bio . hehe . tapi masa dah ada 4 hari je nk pk . akak rase , mana better stay here or pegi umt . mohon pendapat akak . tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali adik..sbnarnya, akak agak pelik sikit, macam mne adik bleh dapat lagi tawaran sedangkan adik dah masuk u.. p, xkesah laa.. ape2 pown, tahniah dpt smbung blaja lagi..
      pada pendapat akak, minat dalam benda yang kita amik tu memang perlu.. tapi xpe, minat boleh dipupuk.. dalam kos food service nie, kami bukn blaja pasal bio jer, pasal keusahawanan pown ade gak.. blaja 2,2 nie memang best.. p, dah adik xminat 2,2 nyer, xley nak wat ape laa..haha..
      apa2 pown, adik wat la solat istikharah, supaya diberi petunjuk pilihan yang tepat.. adik senaraikan la pros and cons dua2 kos nie, pastu bandingkan.. pilih la mane yg adik rase sesuai dgn diri.. sekian, terima kasih... ni jela yang dapat bantu..

      Delete
  10. akak, saya baru terbaca blog akak ni(memang akak kan? Harap x sebaya..).. hehe.. Saya student 2nd intake.. Harap dapat berkenalan dengan senior2 Food Serve yg comel n baik cam cik akak ni~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. mmg akak pownn.. thun 92 nie :P ... n x-kms gak..haha
      harap dpt kenal ngn adik2 gak.,... bile jumpe tu, tegor2 la akak ae... kenal kan la diri koranggg... ^____^

      Delete
  11. salam..nak Tanya apa beza kos ni dengan dietetic?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali... secara ringkasnyer, kos nie tertumpu kpd cara pemakanan utk org sihat... kalaw dietetic lebih tertumpu kpd cara pemakanan utk org sakit...

      Delete
  12. assalam kak..sy nak tny, apa beza bidang sains makanan & pemakanan ni dengan bidang teknologi makanan ?

    ReplyDelete
  13. kak saya nk tnya.. antra engineering dgn kos ni.. yg mna lg up?? kos ni nmpk cm majo kmia.. sy x mnat kmia.. sya mnat bio..tp terslah isi upu.. n dh pun dpt kos ni.. agk2 kos ni sng bwak tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasenyerrr.. xperlu kowt nak bandingkan mne 1 yg lg up.. yg penting pluang pekerjaan nnty..
      nmpak mcm majo kimia.. p.. bio pown byk k.. byk sgt..
      senang atau susah bwk, terpulang pd cara individu belajar..
      good luck..

      Delete
  14. Assalamualaikum,kak sye nk smbg degree and ingt nk amik kos ni tapi kos foodtech ni mmg ade kat UMT je ke??
    uitm shah alam ngan penang x de kos ni ke? kalo dpt kat UMT,bley x saye mintak tukar ke uitm lain?

    ReplyDelete
  15. kirenya sekarang 4th year or da habis ye sis??

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrang nie 4th yr and ofcoz final yr.. hehehe :)

      Delete
  16. Assalamualaikum Kak Najiha , Hari ini terakhir Spm saya . Hihi
    Saya betul2 minat dalam jurusan Teknologi makanan dan sains makanan .
    Boleh x kak dapat bg penerangan kepada saya apa langkah saya perlu buat nak dapat jurusan mcm kak?
    Harap akak dapt bg penerangan sikit ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam adik zarif.. Pertama skali, tahniah sbb berjaya habiskan SPM.. yeayyy.. ^_^
      ok...penerangan sikit.. secara generalnyer, utk sambung pengajian dalam bidang sains makanan nie, ade 3 cara..
      1) melalui Diploma- adik boleyh trus mohon bidang yg adik nak cth diploma teknologi makanan di UiTM ataw politeknik
      atau
      2) melalui STPM/tingkatan 6/pra-U - amik bidang sains
      atau
      3) melalui Matrikulasi- amik bidang sains terutamanya yang ada kimia/biologi

      selepas adik dah berjaya habiskan belajar di peringkat tu, adik sambung belajar lagi d peringkat ijazah (mcm akak.. hehe)..
      ade byk universiti yang menawarkan pengajian ijazah sarjana muda dalam sains makanan ni.. antara nya adalah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) <-- nie U akak.. hee :D
      Selain itu, ade gak dekat UKM, UPM, USM, UMS dan UiTM.. kalau U swasta mcm UCSI and IMU..
      terpulanglah pada adik nak pilih U yang mane.. ape2 pown, keputusan peperiksaan kena lah memenuhi juga syarat2 yang telah ditetapkan.. lain U, lain syaratnyer..
      Akhir kate, good luck dan semoga berjaya adik zarif.. bidang nie memang best n insya allah peluang pekerjaan tu ade selagi makanan di perlukan d bumi ini... ;)
      #doabanyak-banyakuntukSPM..

      Delete
  17. salam kak..saya nak tanye..klau dari diploma nak masuk ke course ni..kena pointer brape ye?..btw..skrg saya amnik dip. teknologi makanan uitm.

    ReplyDelete
  18. Salam. Akak, saya nak tanya sikit boleh? Saya dulu ambil aliran perakaunan tapi tak minat pun nak sambung akaun. Nak isi upu lepas tu terbaca course pengurusan perkhidmatan makanan ni. Boleh ke saya mohon?

    ReplyDelete
  19. salam akak saya baru je dpt tawaran kos ni kat umt jugak...sedih la jgk sbb ni bkn kos yg sy nak, tp nk buat mcm mne upu kos ni yg sy dpt...sy cuma risau satu je pasal kos ni iaitu masak sbb sy mmg tak pro...belajar sy tak kisah sgt...ok ke kalau sy ttp dgn kos ni walaupun sy mmg tak pro masak?

    ReplyDelete
  20. salam kak..ape beze kos akak ambik dengan pengurusan perkhidmatan makanan ??????????? sy dpt kos pengurusan dan perkhidmatan makanan kat uitm dungun..confuse samaada nk pegi atau tak..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum akak comey..
    nk tanya kt umt ble x mohon pengecualian subjek? Sya diploma dri upm, bmnat nk smbg degree kt tmpat akk :)

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum sis...
    sye skrng diploma food service kat uitm, n nak tnye...
    klo degree, sye bley amk course ape je ye?? x kesah la uni mne pon...
    sye dh try acik google tpi jawapan kurng mmuaskan hati ini.. hehe..

    ReplyDelete
  23. salam kak najiha sy nak mintak pendapat , dulu mse spm . sy mengambil subjek prinsip akaun . jd sy tiada basic matapelajaran bio . ttp sy mendapat tawaran bg kos dip perkhidmtan makanan amalan halal . boleh ke sy scor sekiranya sy teruskn dgn kos ni ?.adakah kos yg sy terima sama dgn kos akak ? klau akak thu mengenai serba sedikit berkenaan kos sy , boleh akak tolong terangkn berkenaan kos tersebut ?.sy sudah membuat sedikit sebanyak research tp blum memuaskan hati . pls reply as soon as you see this comment akak :)

    ReplyDelete
  24. salaam kak. course nii lelaki ada x?

    ReplyDelete
  25. Cool and I have a neat offer you: Who Does House Renovation local remodeling companies

    ReplyDelete