Wednesday, 18 July 2012

Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan UMT

Assalamualaikum..

Setahun yang lalu, aku dapat tawaran sambung belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam program Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan Dan Pemakanan). *huisshh panjangnya nama, tergeliat lidah cek nak menyebutnya noo.. So, kat sini bermakna, dah setahun iaitu bersamaan 2sem dah aku amik kos nie..

Macam aku mula2 dulu, aku memang excited nak tahu apekejadah nya program nie. So, aku google search la nate ape kos nie. Tetapi, keputusannyer tidak la memuaksan. Oleh itu, disebabkan  arinie akak baik hati, akak nak story sikit la kat adik2 @ juniors *haha i'm senir now.. witwitt..

K, nie berdasarkan blog fasm.umt.edu.my *akak kopi ngn pasta jer.. sonang..

Matlamat Program
Melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam aspek sains makanan, perkhidmatan makanan dan pemakanan serta berupaya menjadi tenaga kerja yang berdaya saing, berketerampilan dan profesional dalam sektor industri makanan dan perkhidmatan makanan.
Objektif Program
Objektif program Sm.Sn. Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) adalah seperti berikut:
  1. Menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan yang komprehensif daripada segi teori dan gunaannya dalam bidang Sains Makanan, Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan.
  2. Menyediakan graduan yang berkebolehan, bagi menampung keperluan tenaga kerja negara dalam bidang Sains Makanan, Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan khususnya dan lain-lain bidang yang berkaitan.
  3. Melahirkan graduan yang berinovasi dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan bagi mengimbangi perkembangan pesat industri makanan, pemakanan dan perkhidmatan makanan dalam negara.
Objektif Pendidikan Program (Program Educational Objectives – PEO)

  1. Untuk menghasilkan graduan yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains makanan, perkhidmatan makanan dan pemakanan, untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berkaitan.
  2. Untuk menghasilkan graduan yang mempunyai kompetensi asas dan pelbagai dalam industri makanan dan yang berkaitan, agar  berupaya untuk beradaptasi dengan perkembangan di dalam  pengurusan sumber dan teknologi terkini.
  3. Untuk menghasilkan graduan yang berupaya untuk bekerja dalam kumpulan pelbagai disiplin, mempunyai kemahiran kepimpinan dan mahir berkomunikasi secara lisan dan bertulis.
  4. Untuk menghasilkan graduan  yang berupaya memahami dan menangani isu-isu semasa berkaitan amalan dalam industri makanan dan juga mempunyai tanggungjawab profesional dan etika.
  5. Untuk menghasilkan graduan yang berupaya untuk mengenalpasti keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk perkembangan peribadi dan profesional melalui pembelajaran kendiri dan berterusan.

Hasil Pembelajaran Program (Program Outcomes – PO)
Hasil pembelajaran program bagi Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) telah diperkemaskinikan selaras dengan sembilan (9) domain hasil pembelajaran yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Pada akhir program ini, graduan dapat:
PO1 – Pengetahuan
Menerangkan dan menghuraikan pengetahuan asas dalam bidang sains makanan, perkhidmatan makanan dan pemakanan dan hubungkait antara satu sama lain.
PO2 – Kemahiran teknikal/ praktikal/ psikomotor
Mengaplikasi, menggabung dan menilai prinsip-prinsip dan teknik-teknik amali dalam bidang sains makanan, perkhidmatan makanan dan pemakanan dalam amali serta situasi sebenar.
PO3 – Pendekatan Kemahiran berfikir dan saintifik 
Mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah di dalam situasi yang berbeza dari segi teori dan praktikal.
PO4 – Kemahiran berkomunikasi
Berkomunikasi secara efektif dan membentang maklumat teknikal didalam pembentangan lisan dan bertulis.
PO5 – Kemahiran sosial dan bertanggungjawab
Mengamalkan sikap bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran sosial dalam menjalankan aktiviti sama ada secara individu atau berkumpulan.
PO6 – Profesionalisme, nilai, sikap dan etika  
Mengamalkan nilai-nilai murni dan mampu menghuraikan kesan ekonomi, alam sekitar dan sosio budaya dalam amalan profesional.
PO7 – Pendidikan sepanjang hayat dan pengurusan informasi
Mencari dan mengurus maklumat serta mengamalkan pembelajaran kendiri.
PO8 – Kemahiran pengurusan dan keusahawanan 
Mengenalpasti peluang sebagai usahawan yang berdaya saing.
PO9 – Kemahiran kepimpinan  
Memimpin kumpulan secara berkesan dan boleh bekerja secara individu atau bekerjasama dalam kumpulan.

Dan nie pulak skima programnyer a.k.a subjek yang akan dipelajari




Oleh itu adik2ku yang comei2 sekalian, tak kesah la apa kos pown yang korank dapat, yang penting korank belajar dengan bersungguh-sungguh selepas tu. selagi kita cuba dan berusaha dengan gigih, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.  Gambate!!

*pesanan khas dari kakak korank yg cute ^_^